‘Itu duit raya untuk pesakit, kakitangan hospital’

Oleh – Syeikh Baran


‘Itu duit raya untuk pesakit, kakitangan hospital’
Dzulkefly berucap pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Pihak Berkuasa Peranti Perubatan di Kementerian Kesihatan, Putrajaya hari ini. – Foto oleh FAISOL MUSTAFA / KOSMO!

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad menjelaskan beliau sedia disiasat berhubung dakwaan mengedar sampul duit raya yang memaparkan gambarnya kononnya untuk diberikan kepada pengundi Kuala Kubu Baharu.

Menurut Dr. Dzulkefly, tindakan itu dilakukan sebelum hari penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu baru-baru ini.



“Siasatlah (kalau) nak siasat pun. Tidak mengapa, mereka akan tahu apa yang sebenarnya (berlaku),” katanya ketika ditemui selepas Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) di sini, hari ini.

Jelas beliau, pemberian duit raya itu menjadi amalannya bagi menyantuni kakitangan Kementerian Kesihatan (KKM) dan pesakit di wad.

Dzulkefly berkata, setiap kali mengadakan lawatan ke hospital, beliau akan menyantuni kakitangan dan pesakit di wad selain memberikan duit raya.

Tambahnya, tindakan itu langsung tidak mempunyai kaitan dengan gerakan kempen Pilihan Raya Kecil Kuala Kubu Baharu ketika ini.



Media sebelum ini melaporkan, Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mendakwa Dzulkefly memberikan duit raya kepada pengundi di Kuala Kubu Baharu.

Justeru katanya, beliau menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyiasat perkara itu.

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button