Tariq, Mohsin dicari hilang di Kota Damansara

Oleh – Syeikh Baran


Tariq, Mohsin dicari hilang di Kota Damansara
Tariq (kiri) dan Mohsin (kanan).

Polis meminta bantuan orang ramai mengesan dua lelaki warga Pakistan dilaporkan hilang sejak semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kehilangan Tariq Aqib, 26, dan Mohsin Ali, 31, pukul 1.31 pagi hari ini.



“Kali terakhir kedua-duanya dilihat adalah di rumah di di Blok 1-1-9 Jalan Pekaka 8/7, Seksyen 8 Kota Damansara di sini, kira-kira pukul 11 pagi semalam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sebarang maklumat boleh disalurkan kepada Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya di talian 0379662222 atau tampil ke mana-mana balai polis berhampiran.

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button