‘Tak sangka lelaki itu tiada kedua-dua kaki’

Oleh – Syeikh  Baran


‘Tak sangka lelaki itu tiada kedua-dua kaki’
Tangkap layar seorang lelaki membantu orang kurang upaya (OKU) mengisi minyak di tepi jalan.

Tindakan seorang lelaki memberhentikan kenderaan untuk menolong orang kurang upaya (OKU) mengisi minyak di tepi jalan mendapat pujian ramai orang.

Menerusi perkongsian video TikTok oleh @amzcateringhomestay, kejadian itu berlaku ketika dia melihat sebuah kereta di hadapan yang bergerak perlahan kerana kehabisan minyak.



Bagaimanapun, lelaki itu mengambil keputusan untuk membantu menolak kenderaan tersebut ke bahu jalan.
 

Menurut pemilik video, dia dan isterinya kemudian terkejut apabila mengetahui orang yang mahu dibantu itu kelihatan tidak sempurna kerana kehilangan kedua-dua kakinya.

“Terkejut saya tengok dia dalam keadaan macam itu turun dari kereta, dengan tar panas, selipar tak ada. Alhamdulillah suami dapat tolong,” kata isterinya.

Berdasarkan rakaman tersebut, orang kelainan upaya itu turun dari kereta dengan mengesot badannya untuk menuang minyak daripada botol plastik yang dibawa.

Meninjau ke ruang komen, rata-rata pengguna media sosial memberikan pelbagai reaksi.



“Terima kasih orang baik, Alhamdulillah ada yang berhati mulia menghulurkan pertolongan,” komen @rogayah.

“Terharu dengan kebaikan kakak dan abang tapi lagi sebak tengok keadaan abang OKU itu, semoga dipermudahkan urusan.” Komen @aisyah.

“Saya dah didik hati supaya sentiasa sangka baik bila kereta dihadapan perlahan sangat, dalam hati doa supaya dimudahkan urusan,” komen @Hanum.

Sehingga kini video tersebut mendapat 218,700 tontonan, 14,300 tanda suka dan 404 perkongsian.



Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button