KPDN pantau kenaikan harga barang

Oleh – Syeikh Baran


KPDN pantau kenaikan harga barang
Peniaga diingatkan supaya tidak mengambil kesempatan dengan menaikkan harga barang susulan kenaikan gaji penjawat awam lebih 13 peratus bermula 1 Disember 2024 yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan mematau secara terperinci kenaikan harga barang susulan pengumuman kerajaan berhubung kenaikan gaji untuk penjawat awam.

Timbalan Menterinya, Fuziah Salleh, turut mengingatkan peniaga supaya tidak mengambil kesempatan dengan menaikkan harga barang.



“Saya ingatkan peniaga supaya tidak mengambil kesempatan kerana KPDN mempunyai kuasa untuk mendapatkan harga di sepanjang rantaian bekalan.

“Sebagai contoh ketika kita menarik subsidi ayam sebelum ini dan kita melihat ada usaha untuk menaikkan harga, justeru kita keluarkan notis terhadap mereka yang mengambil kesempatan.

“Ini kerana kita tahu kos pengeluaran, pengangkutan tidak meningkat. Jadi, pendekatan sama juga akan dibuat kali ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika hadir Majlis Sambutan Aidilfitri KPDN Kelantan. Yang turut hadir, Pengarah KPDN, Datuk Azman Ismail.



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button