Mahathir elok tumpu kes mahkamah dan umum harta

Oleh Adam Malik

.Mahathir elok tumpu kes mahkamah dan umum harta

Semalam anak kepada Tun Mahathir ia itu Datuk Mukhriz ada membuat kenyatan bahawa ayahnya telah kembali sihat untuk menyambung kerja dan akan terus memberi pendapat.



Ini sebagai secara tidak lansung memberi gambaran ayahnya akan kembali seperti keadaan sebelum ini dengan sentiasa aktif mengkritik dan luah pendapat.

Dalam mencapai “advance age” 98 tahun Mahathir masih mahu campuri urusan negara.

Harus diketahui Mahathir sering mengkritik siapa sahaja yang menjadi Perdana Menteri.

Tiada Perdana Menteri yang sempurna kepada Mahathir melainkan dua Perdana Menteri yang kebetulan bernama Mahathir juga.



Namun dalam keghairahan Mukhriz membuat kenyataan berkenaaan ayahnya, tiada pula respon dari mana mana pihak yang sambut baik berkenaan pengumuman Mukhriz ini.

Mungkin semua pihak yang mendengar berita ini sebagai perkara lazim sahaja.

Mungkin jika Mukhriz umum ayahnya tidak lagi mahu campuri urusan negara maka boleh lah khabaran itu dianggap “news worthy” atau bahan berita muka surat pertama.
Jika bukan itu yang diumum ,maka ramai akan berkata “what else is new?”.



Apa yang ramai berpendapat adalah Mahathir sepatut duduk diam dan beri tumpuan kepada kes kes mahkamah yang banyak menunggu beliau.

Bahkan kes Mahathir sendiri apabila sepatut bermula perbicaraan hari pertama antara Mahathir dan Zahid pada kes saman panggilan “kutty”telah ditangguhkan atas permintaan Mahathir sendiri dan terus lapor diri di Institut Jantung Negara.

Begitu lah keadaan Mahathir seterusnya pada kes kes lain.

Mahathir terpaksa mewakili anak anaknya melalui sudang media berkaitan kegagalan mengumumkan harta kepada Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia.



Dilaporkan Mahathir dan keluarga telah memohon waktu tempoh dipanjangkan lagi untuk hal ini.

Ini belum dikira kes RCI Pulau Batu Putih yang Mahathir telah serahkan kepada Singapura secara bertindak sendiri dan sembunyi sembunyi.

Begitu banyak kes yang Mahathir perlu tumpu dan hadir sendiri.

Dalam rekod menunjukan ada lagi kes lain seperti saman dari Tan Sri Halim Saat dimana kenyataan awal menunjukan apa yang Halim lakukan adalah atas campurtangn Mahathir dan Tun Daim.



Maka atas kesemua sebab ini memadailah jika Mahathir tumpu kepada hal ehwal mahkmah sahaja tanpa campuri urusan negara.

Negara sudah tidak perlukan nasihat Mahathir memandangkan rekod pentadbiran Mahathir hanya gah kepada lama sahaja dizaman tiada Media sosial.

Apabila ada Media Sosial Mahathir hanya mampu bertahan 22 bulan sahaja bahkan hilang deposit.

Maka wajarlah berihat dan tumpu kepada kes kes mahkamah sahaja.



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button