Lapan termasuk dua bayi cedera, MPV terbabas

Oleh – Syeikh Baran


Lapan termasuk dua bayi cedera, MPV terbabas
Lapan termasuk dua bayi terselamat selepas MPV dinaiki terbabas sebelum terbalik di Kilometer 183.9 Lebuhraya Utara Selatan arah utara berhampiran susur keluar Alor Pongsu. Foto Bomba Perak

Lapan termasuk dua bayi cedera dalam kemalangan berhampiran susur keluar Alor Pongsu Lebuhraya Utara Selatan dekat sini, awal pagi Isnin.

Panggilan kejadian itu diterima Balai Bomba dan Penyelamat Bagan Serai pada jam 2.16 pagi membabitkan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Proton Exora.



Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, MPV dinaiki lapan individu itu dilaporkan terbabas ketika melalui laluan di Kilometer 183.9 arah utara sebelum terbalik.

“Anggota yang tiba di lokasi kejadian berjaya mengeluarkan mangsa dari kenderaan.

“Semua mangsa membabitkan seorang lelaki, tiga wanita, dua kanan-kanak dan dua bayi itu telah dihantar ke Hospital Taiping untuk rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan di sini pada Isnin.

Beliau berkata, akibat kejadian itu, tujuh mangsa mengalami kecederaan ringan manakala seorang lagi patah kaki.



“Operasi tamat pada jam 3.45 pagi,” katanya.

Sumber – SINAR HARIAN

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button