Perlu masa lagi sebelum boleh tangkap Mahathir, kata Azam Bak

 

Oleh Adam Malik

Perlu masa lagi sebelum boleh tangkap Mahathir, kata Azam Bai



Pasti ramai rakyat akan teruja apabila mendengar kenyataan terbaru berkenaan Tun Mahathir dari Ketua Pengarah SPRM Tan Sri Azam Baki.

Antaranya kenyataan Azam, ada lah Tun Mahathir masih lagi berstatus orang kena siasat dan siasatan masih aktif berterusan.

Turut sama disiasat adalah dua orang lagi anak Mahathir ia itu Mirzan dan Mokhzani.



Dari sudut laporan pula, ada beberapa media eletronik yang cuba melaporkan seolah olah siasatan tidak serius dan tidak penting.

Ini boleh difahami kerana mereka ambil posisi berpihak kepada Tun Mahathir dan Perikatan Nasional lalu mahu menjaga imej nya.

Laporan mereka lakukan tidak seperti mereka melaporkan kes 1MDB yang membabitkan Datuk Seri Najib Razak



Maka gambaran yang cuba diberi oleh mereka boleh difahami.

Pada laporan perbicaraan 1MDB kenyataan saksi yang belum disoal balas pun sudah dilaporkan seolah olah sebagai yang benar telah terjadi.

Tan Sri Azam berkata SPRM belum selesai siasatan terhadap keluarga Mahathir maka atas sebab itu belum ada keperluan menangkap Mahathir dalam masa terdekat ini.

Tidak seperti dilaporkan konon nya tiada lansung rancangan untuk tangkap Mahathir oleh SPRM.



Turut sama disiasat ada lah dua orang anak Mahathir, Mokhzani dan Mirzan.

Sehingga kini, menurut laporan, keluarga Mahathir telah memohon lanjutan waktu bagi mengistiyarkan harta.

Selain kes AMLA dan istiyar harta yang dihadapai keluarga Mahathir, ada lagi kes yang Mahathir berisiko untuk ditangkap.

Kes RCI Pulau Batu Puteh juga ada risiko Mahathir akan ditangkap jika enggan menghadiri perbicaran nya.



Ini dinyatakan oleh Datuk Azalina Othman apabila Mahathir membuat spekulasi beliau enggan hadhir untuk menjawab.

Apapun nasib politik Mahathir telah berubah begitu ketara.

Belum kena tangkap dan tidak akan kena tangkap adalah dua perkara berbeza.

Apa yang pernah beliau lakukan terhadap musuh politik beliau dimasa silam kini kembali untuk menghantui dirinya sendiri.



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button