Polis minta saksi dua kemalangan maut bantu siasatan

Oleh – Syeikh Baran


Polis minta saksi dua kemalangan maut bantu siasatan
KEMALANGAN membabitkan dua buah kereta di Jalan Keramat Pulai di Ipoh, Sabtu lalu.

Polis memohon bantuan saksi awam untuk tampil membantu siasatan kes kemalangan maut membabitkan penunggang motosikal dan penumpang sebuah kereta dalam kejadian berasingan pada Jumaat dan Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, kejadian pertama pada Jumaat sekitar pukul 2.15 petang itu berlaku di Jalan C.M Yusuff membabitkan motosikal ditunggang lelaki berusia 74 tahun dan sebuah kereta dipandu wanita berusia 50 tahun.



Katanya, kemalangan berlaku apabila kereta dipandu wanitu terbabit bergesel motosikal ditunggang warga emas itu menyebabkan mangsa terjatuh di atas jalan.

“Mangsa yang parah di kepala dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk rawatan lanjut, namun disahkan meninggal dunia pada pukul 4.51 pagi semalam.

“Orang ramai yang menyaksikan kejadian itu diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi pegawai penyiasat kes, Inspektor Mohamad Faiz Abdul Khalim di talian 018-3728477,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, nahas kedua berlaku di Jalan Keramat Pulai berhampiran simpang masuk Kampung Pergom pada pukul 11.45 malam, Sabtu lalu.



Katanya, kemalangan membabitkan kereta dinaiki mangsa wanita berusia 22 tahun dengan sebuah kereta dinaiki empat anggota tentera.

“Kereta dinaiki mangsa dipandu wanita berusia 23 tahun yang datang dari arah Simpang Pulai menghala ke Cameron Highlands disyaki memasuki laluan bertentangan lalu bertembung dengan kereta lain.

“Akibat kemalangan itu, lima mangsa berusia 19 hingga 52 tahun mengalami kecederaan ringan dan parah. Mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia pada pukul 10.20 malam, semalam,” katanya.

Tambah beliau, orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi pegawai penyiasat kes, Inspektor Edwin Tang Chiew Song di talian 017-5506863,” katanya.



Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button