SPRM siasat pengumuman Kor Ming

Oleh – Syeikh Baran


SPRM siasat pengumuman Kor Ming
Gambar Hiasan

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan meneliti sama ada wujud unsur rasuah atau sebaliknya apabila Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming mengumumkan peruntukan dana infrastruktur ke Kuala Kubu Baharu.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, pihaknya belum membuka kertas siasatan, namun mengambil maklum perkara itu selepas dilaporkan dalam media.



“Kita akan melihat adakah isu yang dibangkitkan itu adalah isu rasuah ataupun tidak. Setakat ini, tiada kertas siasatan yang dibuka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Peluncuran Strategi Pembanterasan Rasuah Nasional (NACS) 2024-2028 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini, hari ini.

Terdahulu, badan bukan kerajaan (NGO) Tindak Malaysia mengkritik kerajaan kerana mengumumkan peruntukan dana infrastruktur ke Kuala Kubu Baharu.

Tindak Malaysia mendakwa pengumuman yang dibuat oleh Kor Ming itu luar biasa serta dianggap langkah tidak tepat kerana PRK Dun Kuala Kubu Baharu sedang berlangsung.



Sumber – HARIAN METRO

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button