Ibu bapa gesa ustaz lempang, cekik murid dipindahkan segera

Oleh – Syeikh Baran


Ibu bapa gesa ustaz lempang, cekik murid dipindahkan segera
SITI NUR HAFIZA menunjukkan pipi kanan anaknya yang ditampar ustaz yang ‘naik angin’ dalam kejadian di sebuah sekolah agama di Pontian, Johor, Rabu lalu.

Ibu kepada salah seorang murid yang menjadi mangsa kekerasan guru lelaki di sebuah sekolah agama di sini berharap pihak pengurusan sekolah mengambil tindakan memindahkan segera tenaga pengajar terbabit.

Siti Nur Hafiza Sayid Abu Bakar, 28, berkata, anaknya yang berusia 11 tahun (Nur Alif Asyraf Abdullah) trauma dan takut untuk ke sekolah khuatir dimarahi lagi guru berkenaan.



Katanya, dengan cara demikian sahaja, murid-murid tidak merasa bimbang untuk ke sekolah kerana takut perkara yang sama berulang lagi jika ada masalah berlaku antara guru dengan guru tersebut.

“Saya tidak sangka kejadian ini berlaku ke atas anak saya dan tiga lagi rakannya, biarpun mereka buat salah, tetapi guru tersebut tidak boleh mengambil tindakan kasar sedemikian.

“Ada cara lebih baik, panggil dan beri nasihat dekat budak-budak yang buat salah bukannya pukul, tampar dan cekik murid sesuka hati,” katanya ketika ditemui pemberita di sini semalam.

Siti Nur Hafiza berkata, kejadian itu menyebabkan anaknya lebam pada pipi kanan Asyraf akibat ditampar oleh guru berkenaan pada hari kejadian.



Katanya, dia telah mendapat pemeriksaan lanjut di Hospital Pontian petang kelmarin.

Dalam kejadian Rabu lalu, seorang guru agama ‘naik angin’ bertindak mencekik, menampar serta menumbuk empat murid selepas murid terbabit mengintai cikgu berkenaan menghisap rokok di dalam stor sebuah sekolah agama di Pontian.

Dalam pada itu, seorang lagi ibu kepada mangsa, Hasnah Ahmad, 44, anak lelakinya berusia 10 tahun turut dilempang pipinya oleh guru tersebut seperti ‘naik minyak’ disebabkan kesalahan yang dilakukannya sendiri.

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button