Kontrak Azam Baki disambung setahun lagi

Oleh – Syeikh Baran


Kontrak Azam Baki disambung setahun lagi
Azam Baki

Tan Sri Azam Baki dilantik semula sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk tempoh setahun, berkuat kuasa 12 Mei ini.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Zuki Ali berkata, pelantikan itu selaras dengan subseksyen 5(1) dan (2) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 [Akta 694].



“Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim telah memperkenankan pelantikan semula Azam sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM untuk tempoh satu tahun,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sebelum ini, tempoh perkhidmatan Azam Baki sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM dilanjutkan selama setahun tahun lepas yang akan tamat pada 12 Mei ini.

Azam dilantik mengetuai SPRM pada 9 Mac 2020 susulan peletakan jawatan Latheefa Koya.

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button