Laporan Malaysia disenaraikan sebagai penaja negara keganasan adalah palsu – Reuters

Oleh – Syeikh Baran


Laporan Malaysia disenaraikan sebagai penaja negara keganasan adalah palsu - Reuters
Tangkap layar kenyataan Reuters

Laporan berita dikaitkan dengan Reuters yang mengatakan Malaysia ialah negara pertama di Asia Tenggara yang akan disenaraikan oleh Amerika Syarikat sebagai penaja negara keganasan adalah palsu.

“Mana-mana dakwaan yang mengatakan Reuters melaporkan Malaysia ialah negara pertama di Asia Tenggara yang akan disenaraikan oleh Amerika Syarikat sebagai penaja negara keganasan adalah palsu,” jelas agensi berita itu menerusi hantaran di platform X (sebelum ini dikenali sebagai Twitter).



Reuters tidak melaporkan perkara itu, tegasnya mengulas mengenai artikel berita yang disebar luas terutama menerusi WhatsApp, penyedia perkhidmatan pesanan segera. – Bernama

Sumber – SINAR HARIAN

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button