Kakak maut, adik parah kereta bertembung trak pikap

Oleh – Syeikh Baran


Kakak maut, adik parah kereta bertembung trak pikap
Seorang wanita maut manakala adik lelaki parah selepas kereta dipandu hilang kawalan sebelum bertembung sebuah pacuan empat roda dalam kemalangan di Batu 27, Jalan Keningau – Tenom pagi tadi. Foto IHSAN BONBA

Seorang wanita maut selepas kereta dipandunya hilang kawalan sebelum bertembung sebuah pacuan empat roda dalam kemalangan di Batu 27, Jalan Keningau-Tenom pagi tadi.

Dalam kejadian jam 2.30 pagi itu, mangsa Nurul Syakina Kasim, 22, yang memandu kereta jenis Proton Wira disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian manakala adik lelakinya berumur 17 tahun kritikal dan kini sedang menerima rawatan di Zon Merah Hospital Keningau.



Ketua Polis Daerah Keningau, Superintendan Yampil Anak Garai berkata, siasatan awal mangsa wanita yang memandu Proton Wira bergerak dari arah Tenom menuju ke Keningau bersama adiknya.

“Kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux dipandu lelaki berusia 38 tahun seorang diri pula dari arah Keningau menuju ke Tenom.

“Bagaimanapun, kereta dipandu mangsa dipercayai kawalan masuk ke laluan bertentangan dan bertembung dengan kenderaan Toyota Hilux sebaik tiba di lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan.

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button