Guna kekasih rakan peras ugut, pukul polis bantuan

Oleh – Syeikh Baran


Guna kekasih rakan peras ugut, pukul polis bantuan
TERTUDUH diiringi pegawai penjara selepas dihadapkan di Mahkamah Majistret Melaka, hari ini

Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara tiga bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini selepas mengaku melakukan pemerasan dan mencederakan anggota polis bantuan yang kononnya mengganggu teman wanita rakannya, Februari lalu.

Majistret Khairunnisak Hassni menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh, Zaidi Mahadi, 32, yang membuat pengakuan itu sejurus pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.



Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh bersama-sama seorang rakan sejenayah yang telah dituduh dan dua yang masih bebas didapati melakukan pemerasan terhadap seorang lelaki berusia 31 tahun dengan memasukkan wang ke dalam akaun bank tanpa alasan yang munasabah.

Bagi perbuatan itu tertuduh didakwa mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama dengan Seksyen 34 di bawah seksyen sama.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh juga didapati dengan sengaja telah mendatangkan cedera kepada mangsa sama dan didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan dibaca bersamakan bersama dengan Seksyen 34 di bawah seksyen sama.

Perbuatan itu dilakukan tertuduh kira-kira pukul 8 pagi di sebuah beralamat di Taman Cheng Perdana pada 1 Februari lalu.



Difahamkan, tertuduh bersama yang lain telah berkomplot cuba memerangkap mangsa dengan menyuruhnya datang ke rumah seorang wanita iaitu kekasih kepada rakannya yang sebelum ini telah dituduh di mahkamah.

Mereka kemudian telah menuduh mangsa kononnya mempunyai hubungan skandal dengan wanita terbabit sebelum bertindak memukul dan memeras ugut anggota berkenaan.

Terdahulu, tertuduh diwakili peguam daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Muhammad Izzuddin Ab. Malek, manakala pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Wardah Isshar.

Khairunnisak kemudian menjatuhkan hukuman penjara selama dua bulan bagi pertuduhan pertama dan satu bulan bagi pertuduhan kedua. Beliau bagaimanapun memerintahkan agar hukuman berjalan serentak bermula tarikh jatuh hukum hari ini.



Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button