Lelaki maut dipijak gajah di Gua Musang

Oleh – Syeikh Baran


Lelaki maut dipijak gajah di Gua Musang
Mangsa ditemukan maut dalam keadaan mengerikan selepas dipercayai dipijak seekor gajah di Ladang Kampung Om Pos Blau di Gua Musang pada Sabtu.

Seorang lelaki warganegara Bangladesh ditemukan maut dalam keadaan mengerikan selepas dipercayai dipijak seekor gajah dalam kejadian di Ladang Kampung Om Pos Blau di sini pada Sabtu.

Dalam kejadian jam 5 petang itu mangsa berusia 29 tahun maut di lokasi akibat kecederaan parah.



Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintenden Sik Choon Foo berkata, siasatan awal mendapati mangsa telah terserempak dengan seekor gajah pada jam 5 petang semasa dalam perjalanan pulang ke ladang.

“Mangsa tidak sempat melarikan diri. Siasatan lanjut mendapati tiada unsur-unsur jenayah ke atas mayat mangsa,” katanya.

Menurut beliau, mayat mangsa dihantar ke Hospital Gua Musang untuk tindakan lanjut.

Ujarnya, polis berharap orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi berkait kejadian itu.



Sumber – SINAR HARIAN

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button