Tuan Ibrahim Antara punca kekalahan PN di KKB.

Oleh Adam Malik.

Tuan Ibrahim Antara punca kekalahan PN di KKB.

Fatwa ikut cuaca Tuan Ibrahim tidak menjadi di KKB



Keputusan Pilihanraya Kecil Kuala Kubu Baru siudah diketahui.

Perikatan Nasional dalam kesungguhan mencuba yang luarbiasa tetap tewas juga.

Jumlah majoriti 3,869 boleh dikira banyak kerana peratusan mengundi yang cuma lebih kurang 55% sahaja, dimana jika lebih tinggi lagi yang keluar mengundi , Perikatan Nasional mungkin akan tewas lebih teruk.



Apa yang signifikan dalam keputusan ini adalah peratusan pengundi Melayu sudah kembali kepada Barisan Nasional pada Tujuh Saluran PDM yang mereka pinggirkan pada PRU15.

Apakah yang mendorong semua itu?

Ramai juga menyatakan PAS telah menyumbang besar kepada kekalahan PN itu.

Permainan isu kaum yang menjijikan datang dari orang seperti Tuan Ibrahim Tuan Man dan para pemain medsos PN juga antara puncanya.



Apa calon mampu buat jika menang tidak dijelaskan sebaliknya serangan kepada calon lawan pula yang diutamakan.

Permainan isu kaum 6ang “outdated” telah dijadikan bahan kempen.
Ejekan dan serangan terhadap orang bukan Melayu memakai pakaian cara melayu membuat masyarakat sangat meluat.

Ia merendahkan martabat orang Melayu konon nya bodoh mudah kena pedaya hanya dengan pakaian sahaja.

Selain itu penipuan fatwa oleh Tuan Ibrahim yang beza ikut cuaca politik juga mendatangkan rasa meluat orang Islam.



Ketika berkempen di Tanjung Piai dan Tuan Ibrahim menyebelahi calon bukan Islam fatwa nya berkata “kita bukan hendak pilih imam untuk solat”.

Namun apabila di KKB calon yang disokong nya seorang Islam dan lawan bukan Islam lalu fatwa nya tukar kepada ” calon lawan itu solat tak?”

Masakan sejahil itu TITM terhadap calon bukan Islam.

Isu dan masalah setempat langsung tidak diambil kira untuk diselesaikan.



Selain itu Faktor PN pikul biawak hidup seperti Muhyiddin Yassin dan Kumpulan Kluster mahkamah seperti Tun Mahathir dan Tun Daim juga antara faktor penyumbang.

Semua jadi halal jika PAS yang lakukan nya.

Rakyat sudah mula jemu dengan scam sebegini.

Maka terlihat lah 7 saluran PDM telah kembali kepada BN/PH.



Kesemua adalah kawasan Melayu.

Apa lagi yang ada pada PN dan PAS selain bermain isu kaum dan agama?

Itu cara laluk Tun Mahathir .

Apabila mahu melayu sokong Mahathir takutkan Melayu dengan DAP. Apabila mahu jatuhkan UMNO Mahathir guna DAP pula.

Sama juga lah dengan fatwa politik bawaan Tuan Ibrahim berkenaan kaum dan agama.

Elok sangat untuk PN simpan liabiliti dan biawk hidup seperti Tuan Ibrahim Muhyiddin , Tun Mahathir dan Hadi untuk PRU16.

Ini boleh membantu BN dan PH untuk untuk menang.

Buka mulut sahaja jadi undi kepada BN/PH.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button