Mahathir meroyan, orang Melayu tidak mahu undi Parti Proksinya di KKB.

 

Oleh Adam Malik.

Mahathir meroyan, orang Melayu tidak mahu undi Parti Proksinya di KKB.



Keputusan Pilihan Raya Kecil Kuala Kubu Baru sudah selesai.

Kemenangan besar telah diperolehi oleh gabungan Barisan Nasional dan Pakatan Harapan.

Diandaikan sebagai kemengan besar atas sebab peratusan keluar mengundi sekadar 55% sahaja, namun Gabungan Perpaduan mendapat jumlah hampir sama pada PRU15.

Apa yang menarik setelah kemenangan diumumkan adalah jumlah Enam PDM Melayu telah kembali dirampas.



Ini bermakna orang Melayu sudah mula sedar akan penipuan Perikatan Nasional.

Mungkin juga atas sebab diketahui bahawa PN ada Kluster curi duit rakyat dan duit ketika Darurat PKP.

Paling ketara ketika kempen isu perkauman dimainkan semaksima yang boleh oleh pihak PN.



Ini boleh difahami kerana Tun Mahathir berada dipihak PN dan sangat suka bermain isu 3R.

Cara ini juga sangat memualkan kerana pihak seperti Parti Bersatu dan Parti PAS juga pernah lakukan perbuatan sekongkol bersama Parti DAP.

Maka permainan isu kaum telah “backfire” kepada PN.



Maka setelah undi diumumkan keputusan nya , tiba tiba muncul Tun Mahathir melepaskan geram nya.

Ini boleh difaham kerana Tun Mahathir sudah tidak dipercayai oleh bukan Melayu kerana telah menipu janji hanya mahu jadi Perdana Menteri PH1.0 hanya dua tahun sahaja tetapi telah mungkir janji malah menipu pihak yang menjadikan nya Perdana Menteri.

Atas sebab ini, Mahathir sangat berharap dapat menakutkan orang Melayu dengan DAP supaya akan menyokong PN yang dibawah kawalan nya.

Namun, dua dua pihak menolak PN.



Orang bukan Melayu tolak, yang Melayu tambah undi lagi kepada BN/PH.

Sebab ini membuat Mahathir hampir gila dan terus meluah perasaan kepada Melayu dengan menyindir mereka.
(Lihat bawah)

 



Sungguh memalukan , setelah menghina kaum ini “pemalas” tiba tiba Mahathir melutut mahukan undi kaum Pemalas ini.
Harus dimaklum, dikawasan majoriti Melayu (Langkawi) pun Mahathir hilang deposit.

Tiada siapa mahu Mahathir lagi.

Yang melayan Mahathir hanya yang berkepentingan sahaja.

Lagipun rakyat sudah tahu kisah Mahathir gagal umum harta kepada SPRM.

Konon syarikat milik anaknya, tetapi anak tidak dapat jawab Sibapa pula tukang jawab.

Ini semua masih tidak menyedarkan Mahathir kerana beliau terlalu ketakutan menghadapi pelbagai kes dimahkamah,

Kekecewaan Mahathrr difahami kerana selagi kerajaan hari ini masih kukuh, maka dakwaan terhadap Mahathir akan kukuh juga.

Mahathir ainaya Najib Razak, kini giliran Mahathir pula mengadap pelbagai kes tulin dan bukan kes rekaan seperti yang dikenakan terhadap Najib Razak.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button