Pengerusi syarikat didakwa lagi
Oleh – Syeikh Baran
Seorang bekas pengerusi sebuah syarikat berasaskan getah didakwa lagi di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan bersubahat menggunakan dokumen palsu berhubung penyata kewangan syarikatnya tahun lalu.
Bagaimanapun tertuduh Tai Boon Wee, 64, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Azura Alwi.
Mengikut pertuduhan, Boon Wee didakwa telah bersubahat dengan cara mengarahkan seorang wanita dengan secara tidak jujur menggunakan dokumen palsu iaitu “Interim Finicial Statement For The Period Ended 31 March 2023 (3rd Quater)” bagi syarikat tersebut.
Ia yang mana dokumen palsu itu sebagai tulen yang mana kesalahan tersebut hasil persabahatan tertuduh.
Kesalahan itu didakwa di Pejabat Bursa Malaysia Berhad, Exchange Square, Bukit Kewangan dimbahan tertuduh melapor diri di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), pasport diserahkan kepada mahkamah dan tidak mengganggu saksi pendakwaan.
Bagaimanapun peguam Wan Shahrizal Wan Ladin memohon jumlah ikat jamin itu dikurangkan deng sini pada 29 Mei 2023.
Justeru pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 471 dan boleh dihukum dibawah Seksyen 465 kanun sama.
Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya Anis Najwa menawarkan jaminan RM20,000 berserta syarat taan alasan tertuduh memberikan kerjasama yang baik sepanjang siasatan dijalankan.
“Sejak dua tahun siasatan dilakukan ia telah memberi kesan kepada syarikat anak guam selain pendapatannya juga turut terjejas,” kata peguam itu.
Selepas mendengar permohonan dan makluman kedua-dua belah pihak Hakim Azura kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM20,000 dan pasport diserahkan kepada mahkamah.
Mahkamah kemudian menetapkan tarikh 5 Julai ini ditetapkan sebutan semula kes.
Sumber – KOSMO! ONLINE