Tunku Azizah Sambut Hari ibu Bersama Anakanda Tengku Ismail [VIDEO]

Raih Perhatian Ramai!

Tunku Azizah Sambut Hari ibu Bersama Anakanda Tengku Ismail [VIDEO]

Tunku Azizah Sambut Hari ibu Bersama Anakanda Tengku Ismail [VIDEO]

Tengku Muhammad Ismail Mu’adzam Shah diputerakan pada 11 September 2000 dengan gelaran Tengku Panglima Muda Pahang. Beliau merupakan putera kepada Sultan Pahang iaitu Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tunku Ampuan Pahang Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Beliau merupakan ketiga dalam susur galur pewarisan takhta singgahsana kerajaan negeri Pahang. Tengku Ahmad Ismail mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan ST THOMAS, Kuantan Pahang sebelum melanjutkan pelajaran ke luar negara di Caldicott Preparatory Schoo; Farnham Royal, United Kingdom.



Baginda kemudian melanjutkan pelajaran ke Haileybury School & Epsom College dan kemudian melanjutkan pelajaran yang lebih tinggi di Royal Holloway, University of London.

“Jarang Lihat Mereka Berdua, Kalini Baru Nampak”-Netizen

Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @pahangpostnow yang meraih perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 41 ribu, tanda suka sebanyak 4,410 dan sebanyak 77 komen.

Di dalam video berkenaan, memaparkan Tengku Ismail bersama Tunku Azizah yang berada disuatu majlis, lalu tetamu yang hadir disitu menyanyikan lagu selamat hari ibu bagi menyambut hari tersebut dan menghargai para ibu yang berada di majlis itu.

@pahangpostnow



Menghargai setiap detik bersama ibu Selamat Hari Ibu #sambutanpenutupulangtahunuiamke40

♬ Ibu – Haddad Alwi

Rata-rata netizen teruja melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa ini kali pertama melihat Tengku Ismail berdua dengan Tunku Azizah kerana sebelum ini kelihatan Tunku Azizah hanya bersama Tengku Hassanal dan Tengku Muhammad sahaja.



Apa-apa pun, Murai My ingin mengucapkan selamat hari ibu buat semua ibu di seluruh dunia. Semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat.

Tunku Azizah Sambut Hari ibu Bersama Anakanda Tengku Ismail [VIDEO]


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Mahathir meroyan, orang Melayu tidak mahu undi Parti Proksinya di KKB.

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button