Adakah Dr Zaleha Sedang Di Timpa Kifarah?

Adakah Dr Zaharah Sedang Di Timpa Kifarah

Adakah Dr Zaleha Sedang Di Timpa Kifarah?

 

Pada 7 Mei 2024, kita dikejutkan dengan kejadian pokok tumbang di Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur.

Kejadian tersebut, telah merosakkan 17 buah kenderaan milik persendirian dan juga landasan monorel yang berhampiran.



Lebih menyedihkan lagi, seorang telah disahkan terkorban, manakala seorang lagi dilapurkan cedera akibat dari kejadian pokok tumbang tersebut.

Tidak sampai seminggu dari kejadian pokok tumbang yang pertama, sekali lagi kita dikejutkan dengan kejadian pokok tumbang yang kedua, juga di Kuala Lumpur.

Lebih memeranjatkan, kejadian kedua ini hampir membabitkan kereta yang dinaiki oleh Ketua Menteri Melaka, Ab Raof Yusoh.

Walau pun kejadian kedua tidak membabitkan nyawa, tetapi ianya telah merosakkan aset kereta PDRM yang menjadi pengiring Ab Raof.



Di lapurkan juga, sebuah MPV Toyota Vellfire telah rosak akibat dari kejadian pokok tumbang tersebut.

Kali ini kejadian pokok tumbang berlaku di Jalan Pinang, Kuala Lumpur.

Pihak yang berkaitan boleh memberikan seribu satu penjelasan mengenai kejadian pokok tumbang yang berlaku di Kuala Lumpur.

Tetapi faktanya, mengapa ianya hanya berlaku di Kuala Lumpur?



Adakah di dalam Malaysia ini, hanya Kuala Lumpur sahaja yang mempunyai pokok-pokok yang sudah berusia lebih dari seratus tahun?

Apakah di Melaka, di Pulau Pinang, di Johor Baru tidak ada konsep bandar dalam taman sebagaimana di Kuala Lumpur?

Persoalan kedua adalah, mengapakah kejadian ini berlaku hanya selepas Dr Zaleha dilantik sebagai Menteri Wilayah Persekutuan.

Berapa ramai Menteri Wilayah Persekutuan yang ada sebelum ini, tetapi kejadian pokok tumbang tidak pernah berlaku secara berturutan.



Benar, kita tidak boleh meletakkan beban kesalahan hanya kepada Dr Zaleha, tetapi apa yang tersirat di sebalik yang tersurat.

Apakah mesej yang hendak Allah SWT hendak sampaikan kepada kita semua?

Adakah Allah SWT mahu mengingatkan kepada Dr Zaleha bahawa beliau sekarang sedang ditimpa kifarah?

Timbul pula persoalan, mengapakah beliau ditimpa kifarah?



Adakah ianya berkaitan dengan hak tahanan di rumah DS Najib yang telah dinafikan?

 

Adakah Dr Zaleha Sedang Di Timpa Kifarah?

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 



Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button