Apakah Ada Kuasa Ketiga Yang Menghalang Anwar Dari Memberikan Keadilan Kepada DS Najib?

PM Tahanan Di Rumah DS Najib Hanya Akan Di Pertimbangkan Selepas Kes 1MDB Selesai

Apakah Ada Kuasa Ketiga Yang Menghalang Anwar Dari Memberikan Keadilan Kepada DS Najib?

 

Anwar Ibrahim berpandangan bahawa YDP Agong hanya patut mempertimbangkan tahanan rumah kepada DS Najib selepas kes 1MDB selesai.

Beliau juga berkata tidak akan sesekali mengenepikan kuasa Agong.



Anwar berkata syornya itu hanya akan dikemukakan jika diminta oleh baginda.

“Jika Agong meminta nasihat saya, saya akan berkata, Tuanku, lalui proses itu,” jelas Anwar.

Anwar menekankan tentang kepentingan melalui proses sewajarnya dengan memetik keputusan Agong sebelum ini mengurangkan sebahagian hukuman DS Najib.

Beliau juga mengakui menasihatkan YDP Agong agar melayan permohonan DS Najib seperti mana-mana rakyat biasa yang merayu kepada Lembaga Pengampunan



Anwar juga mendedahkan telah memberikan DS Najib semua kemudahan yang ada di penjara.

Namun begitu beliau akui, penjara tetap penjara.

Adakah Institusi Perdana Menteri Berada Di Atas Institusi YDP Agong?

 

Penulis faham, dari kenyataan Anwar, beliau cuba memberikan gambaran bahawa beliau tidak akan mencampuri urusan pengampunan dan juga institusi kehakiman.



Namun begitu, kedengaran sangat janggal apabila seorang perdana menteri mengeluarkan kenyataan bahawa beliau telah membatalkan titah perintah dari institusi YDP Agong.

Dalam masa yang sama juga, beliau telah memberitahu dunia bahawa sebagai perdana menteri, beliau berada di atas perlembagaan negara.

Bukankah titah adendum dari YDP Agong adalah satu titah yang sah dari sudut perlembagaan kerana ianya adalah kuasa prerogatif YDP Agong.

Baginda boleh menggunakan kuasa tersebut sama ada sebelum, ketika atau selepas persidangan Lembaga Pengampunan.



Dan dalam menggunakan kuasa tersebut, baginda YDP Agong, tidak terikat dengan nasihat dan keputusan Lembaga Pengampunan.

Mungkinkah Anwar lupa, pengampunan penuh yang beliau perolehi dari YDP Agong telah dilakukan dengan kuasa prerogatif YDP Agong.

Walau pun didakwa Lembaga Pengampunan ada bersidang, namun tanpa kehadiran wajib Peguam Negara dan Menteri Wilayah, adakah persidangan tersebut sah.

Mahkamah juga telah membuat keputusan pengampunan tersebut adalah sah kerana ianya kuasa prerogatif YDP Agong.



Isu sama ada proses pengampunan tersebut berpelembagaan atau tidak kerana tiada kehadiran wajib 2 korum Lembaga Pengampunan langsung tidak disebut mahkamah.

Apakah ada kuasa ketiga yang menghalang Anwar dari memberikan keadilan kepada DS Najib atau beliau bertindak bersendirian?

 

Apakah Ada Kuasa Ketiga Yang Menghalang Anwar Dari Memberikan Keadilan Kepada DS Najib?

 



Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button