Bomba nafi tiga budak maut rumah terbakar

Oleh – Syeikh Baran


Bomba nafi tiga budak maut rumah terbakar
kebakaran sebuah rumah di Kampung Kubang Siam di Alor Janggus, Alor Setar pada petang semalam tidak melibatkan mangsa.

Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kedah menafikan kejadian kebakaran rumah sehingga mengorbankan tiga kanak-kanak di Kampung Kubang Siam, Alor Janggus di sini semalam seperti yang ditularkan dalam aplikasi WhatsApp hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Alor Setar, Timbalan Penguasa Bomba II Ahmad Naufal Abdullah berkata, kebakaran rumah dua tingkat pada petang semalam itu tidak melibatkan mangsa.



Katanya, pihaknya menerima panggilan pada pukul 4.27 petang semalam dan kebakaran mengakibatkan rumah yang musnah 90 peratus, manakala sebuah kereta Proton Waja rosak lima peratus.

“Difahamkan, terdapat seorang kanak-kanak yang sedang tidur di dalam rumah tersebut, namun dia sempar tersedar dan berlari keluar.

“Dia kemudian beritahu adiknya berada di dalam rumah, sedangkan seorang adiknya ke kelas agama manakala seorang lagi keluar bersama ibu mereka. Kejadian sememangnya tidak melibatkan mangsa,” katanya di sini hari ini.

Terdahulu, video dengan maklumat kononnya tiga kanak-kanak menjerit sebelum ditemui rentung dalam kebakaran rumah di Kampung Kubang Siam, di sini tular menerusi aplikasi WhatsApp.



Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button