Elfira Loy Seru Selebriti Lepaskan ‘Contract’ Dengan Zionis
“Nanti Dajjal Muncul, Tidak Tahulah Tahap Keliru Macam Mana”
Elfira Loy Seru Selebriti Lepaskan ‘Contract’ Dengan Zionis
Kempen Blockout 2024 yang dilancarkan baru-baru ini di media sosial telah memberikan impak besar terhadap imej beberapa selebriti tanah air.
Inisiatif ini bertujuan untuk memboikot selebriti yang masih menjalinkan kerjasama dengan jenama yang didakwa menyokong kekejaman Zionis di bumi Palestin.
Kempen ini telah menarik perhatian ramai, termasuk pelakon terkenal Elfira Loy, yang turut menyuarakan pandangannya.
Elfira Loy berpendapat bahawa gerakan boikot tersebut harus dilakukan oleh semua pihak, termasuk golongan selebriti.
Menurutnya, tidak wajar untuk menggunakan alasan bahawa rezeki yang diperoleh melalui kempen dengan jenama tersebut adalah rezeki daripada Tuhan.
“Jadi, dengan puak (Zionis) begini ke nak ambil mudah? Terang-terang ini Yahudi dan Allah SWT pun tak suka. Kalau Allah tak suka, kenapa kita nak okey kan. Jika tahu rezeki itu datang daripada Allah, belajar untuk lepaskan. Percayalah Allah akan beri lebih baik,” kata Elfira.
Elfira turut menekankan bahawa kelantangan dan tindakannya dalam memboikot pelbagai jenama bermula apabila dia sendiri pernah dikritik dalam isu yang sama sebelum ini.
“Sekarang tentang boikot pun sudah keliru hendak lakukan atau tidak. Nanti dajjal muncul, tidak tahulah tahap keliru macam mana. Sepuluh kali fikir hendak bercakap tentang ini tetapi akhirnya teruskan sahaja. Sebab dahulu ada orang cakap begini pada saya dan itu yang membuatkan mula sedar tentang kepentingan boikot,” ujarnya.
Sejak beberapa hari yang lalu, kempen Blockout 2024 telah mendapat sokongan meluas di media sosial, di mana ramai pengguna menyeru untuk memboikot selebriti dan jenama yang dikaitkan dengan sokongan kepada kekejaman Zionis.
Elfira mengajak semua pihak, terutama selebriti, untuk mempertimbangkan semula kerjasama mereka dengan jenama-jenama tersebut dan berusaha mencari alternatif lain yang tidak bercanggah dengan prinsip kemanusiaan dan keadilan.
“Sekiranya kita yakin rezeki datang daripada Allah, maka kita harus percaya bahawa melepaskan sesuatu yang tidak baik akan membawa kepada rezeki yang lebih baik,” tambahnya.
Kempen Blockout 2024 ini juga memberi ruang untuk perbincangan dan refleksi lebih mendalam mengenai peranan dan tanggungjawab selebriti dalam menyokong isu-isu kemanusiaan.
Elfira Loy Seru Selebriti Lepaskan ‘Contract’ Dengan Zionis
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Adakah Dr Zaleha Sedang Di Timpa Kifarah?
-
Mesej Pengundi Melayu Kepada PAS Dalam PRK Kuala Kubu Baharu
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Apakah Ada Kuasa Ketiga Yang Menghalang Anwar Dari Memberikan Keadilan Kepada DS Najib?