Lelaki curi rokok di sembilan kedai
Oleh – Syeikh Baran
Seorang lelaki ditahan selepas mencuri beberapa kotak rokok di sebuah kedai serbaneka di Kota Baubau, wilayah Sulawesi Tenggara, lapor akhbar Kompas semalam.
Menerusi rakaman sistem televisyen litar tertutup (CCTV) kedai berkenaan, pelaku dilihat mengambil beberapa kotak rokok sebelum meninggalkan kedai itu tanpa membuat pembayaran.
Lebih mengejutkan, perbuatan itu bukan kali pertama dilakukan oleh suspek, malah ia sudah melebihi 10 kali di beberapa kedai lain.
“Pelaku pada awalnya mahu membeli dua kotak rokok. Selepas diserahkan, dia meminta untuk menambah satu lagi kotak. Sementara saya mengambil kotak rokok yang seterusnya, dia terus pergi,” kata pemilik kedai, Amrin Lamena.
Amrin kemudian bertindak memuat naik rakaman CCTV itu di media sosial.
“Ternyata hari ini ada sembilan kedai yang menjadi mangsa suspek yang sama,” tambahnya lagi.
Suspek telah ditahan dan dibawa ke balai polis untuk siasatan lanjut. – AGENSI
Sumber – KOSMO! ONLINE