Mesej Pengundi Melayu Kepada PAS Dalam PRK Kuala Kubu Baharu

Mesej Pengundi Melayu Kepada PAS Dalam PRK Kuala Kubu Baharu

Mesej Pengundi Melayu Kepada PAS Dalam PRK Kuala Kubu Baharu

 

Selepas diketahui keputusan rasmi yang menyaksikan calon Perikatan Nasional tewas di pilihanraya kecil Kuala Kubu Baharu, pemimpin PAS setakat ini belum lagi membuat sebarang kenyataan.

Sepanjang tempoh berkempen dalam pilihanraya kecil tersebut, pelbagai spekulasi mengenai hubungan antara PPBM dan PAS dalam Perikatan Nasional.



Namun ianya dijawab oleh PAS yang berkempen secara agresif dengan melakukan serangan peribadi kepada calon dari Kerajaan Perpaduan.

Isu 3R yang melibatkan sekolah vernakular dimainkan secara lantang oleh Ketua Penerangan PAS, Ahmad Fadhli Shaari.

Kemudian, Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan, pula telah mengeluarkan fatwa, bahawa kononnya haram kalau ahli PAS tidak keluar mengundi.

Kesemua ini dilihat oleh pengundi di Kuala Kubu Baharu, khususnya pengundi Melayu, bahawa PAS adalah parti yang tiada hala tuju.



Pengisian kempen yang dipenuhi dengan maki hamun, fitnah, serangan membuta tuli dan fatwa sesuka hati sangat menjengkelkan mereka.

Dengan demografi pengundi Kuala Kubu Baharu yang majoritinya adalah pengundi Melayu, PAS dilihat yakin dapat merampas kerusi DUN Kuala Kubu Baharu dari DAP.

Namun akhirnya, di sebalik fatwa songsang Takiyuddin, pengundi menyampaikan mesej kepada PAS, siapakah yang lebih berkuasa.

Pengundi atau ahli politik.



Benar, sekiranya mendapat mandat, ahli politik akan membuat dasar yang akan memberikan kesan secara langsung kepada pengundi.

Tetapi jangan lupa, pengundi mempunyai kuasa untuk merehatkan ahli politik yang karut marut daripada mendapat kuasa.

Pengundi juga memberikan amaran kepada PAS, bahawa gelombang hijau yang mereka banggakan itu adalah bermusim sifatnya.

Dan kini, musim gelombang hijau sudah sampai ke penghujung.



Sekiranya PAS masih meneruskan dengan politik memaki hamun, fitnah serta fatwa sesuka hati, penulis yakin, PAS akan kembali kepada asal seperti sebelum PRU 15.

Ketika itu jangan salahkan pengundi, kerana yang melemahkan PAS bukan pengundi, tetapi pemimpin PAS sendiri.

 

Mesej Pengundi Melayu Kepada PAS Dalam PRK Kuala Kubu Baharu

 



Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button