PAS mungkin keluar PN untuk bersama PH.

 

Oleh Adam Malik

PAS mungkin keluar PN untuk bersama PH.Seperti yang diketahui walaupun PAS mengaku sebagai Parti kejar akhirat, namun tindakan dan perbuatan PAS lebih kepada mengejar keduniaan semata mata.



PAS juga menjadi sebuah Parti yang tidak sejahtera akibat tiada sifat jujur dan tiada sifat setiakawan ķepada mana parti lain.

Sehingga kini PAS telah bersama dengan hampir semua parti yang ada dalam negara.

Parti dan individu yang PAS jalin kerjasama politik hari ini adalah juga musuh PAS satu waktu dulu.

Begitu juga dengan musuh PAS hari ini adalah mantan sahabat PAS.



UMNO dan DAP adalah bekas sahabat PAS.

Apa yang uniknya adalah PAS boleh bersahabat dan bermusuh dengan sesiapa pun asalkan di iringi alasan agama.

Jika PAS bersekongkol dengan DAP PAS beri alasan “Tahaluf Siyasai” dan juga alasan Nabi pernah begini dan begitu.

Namun jika musuh nya UMNO berada didalam gabungan bersama Pakatan Harapan maka dikatakan berada bersama kafir harbi pula.



Dalam waktu yang sama PAS halal pula bersama Parti Gerakan.

Dalam Perikatan Nasional.

PAS umpama pelacur politik. Tiada halal haram bagi PAS asalkan ada bawa kepentingan kepada PAS.

Dalam satu penulisan, seorang Professor dari UITM ,Datuk Dr Ismail Sualman berpendapat dan meramalkan PAS akan bertukar pasangan sekali lagi.



Ini kerana PAS tidak dapat berada lama didalam situasi hart ini dan perlu bertukar pasangan.

Jika dilihat dan diperhatikan PAS sememang mudah untuk bertukar pasangan kerana sangat biasa didalam hal ini.



Diketika ini sudah nampak PAS sudah mula bersuara terhadap siapa bakal jadi Perdana Menteri mewakili PN.

Diketika Azmin Ali dan beberapa kepimpinan Parti Bersatu menyatakan calon Perdana Menteri PN untuk PRU16 adalah Muhyiddin Yassin, PAS melalui kenyataan Tuan IbrahimTuan Man berkata ia belum lagi diputuskan oleh kepimpinan PN.

Mungkin juga ini bibit keretakan yang menanti belah.

PAS tersepit dengan kedudukan dipimpin dan di “Imam” kan oleh Tun Mahathir dan Muhyiddin Yassin dan PAS hanya setara Parti Gerakan.



Sehingga kini sukar untuk PAS menjelaskan kepada ahlinya kenapa menang banyak kerusi tetapi hanya menjadi hamba kepada Parti Bersatu dan Mahathir.

Maka ramalan PAS akan bertukar pasangan untuk kepentingan nya tidak lah mengejutkan bila ianya terjadi.

Petik sedikit ayat Quran atau hadis maka halal lah perbuatan PAS.

Jika digelar “pelacur politik” pun tidak mengapa kerana “advantage” PAS adalah miliki ahli yang sangat taksub , bukan taksub kepada agama tetapi kepada parti.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button