Polis Malaysia buka kertas siasatan aktiviti memasak di stesen minyak Genting Highlands

Polis Malaysia membuka satu kertas siasatan berhubung sekumpulan pemilik kenderaan yang melakukan aktiviti memasak di kawasan stesen minyak di Genting Highlands, baru-baru ini.

Polis Malaysia buka kertas siasatan aktiviti memasak di stesen minyak Genting Highlands

Polis Malaysia buka kertas siasatan aktiviti memasak di stesen minyak Genting Highlands
Gambar dari petikan skrin.

KUALA LUMPUR: Polis Malaysia membuka satu kertas siasatan berhubung sekumpulan pemilik kenderaan yang melakukan aktiviti memasak di kawasan stesen minyak di Genting Highlands, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Bentong Supt Zaiham Mohd Kahar berkata pihaknya menerima satu laporan polis berhubung satu klip video berdurasi 50 saat yang tular di media sosial memaparkan aktiviti memasak di stesen minyak terbabit.

“Hasil siasatan mendapati klip vi̇deo tersebut telah tular melalui laman sosial X dan telah dimuat naik pada 13 Mei lepas dan dipercayai dilakukan oleh sekumpulan pemilik kenderaan sehingga menimbulkan kebimbangan dan kegusaran kepada masyarakat,” katanya dalam kenyataan hari ini (15 Mei).



Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 268 Kanun Keseksaan iaitu menyebabkan kegusaran kepada orang awam dan Seksyen 336 Kanun Keseksaan iaitu perbuatan yang membahayakan nyawa atau keselamatan orang lain.

Supt Zaiham turut memohon kerjasama saksi kejadian untuk tampil bagi membantu siasatan dan akan mengambil tindakan tegas serta membuat operasi bersepadu di sekitar lokasi stesen minyak berkenaan khususnya pada hujung minggu dan cuti umum.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Mahathir meroyan, orang Melayu tidak mahu undi Parti Proksinya di KKB.




“Ia berikutan polis mendapat maklumat dan aduan lokasi berkenaan sering menjadi tumpuan pemilik kenderaan berkumpul dan melakukan aktiviti yang mengganggu ketenteraman awam dan pengguna jalan raya lain yang melalui lokasi berkenaan,” katanya.

Sumber : Agensi berita/HA/ha

Polis Malaysia buka kertas siasatan aktiviti memasak di stesen minyak Genting Highlands

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button