30,000 ‘seat’ tersedia untuk musim umrah 1446H – Andalusia
30,000 ‘seat’ tersedia untuk musim umrah 1446H – Andalusia
Kuala Lumpur: Pengendali pakej ibadah haji dan umrah, Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd (Andalusia) hari ini menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan AMAL by Malaysian Airlines bagi musim umrah tahun 1446H (2024/2025).
Pengarah merangkap Penasihat Undang-undang Andalusia Ida Riswana Idris berkata perjanjian kerjasama untuk tahun kesebelas itu memeterai kontrak untuk 77 penerbangan kapal penuh FBS (kapasiti 283 kerusi setiap kapal) dan SBS (kapasiti 90 kerusi setiap kapal).
Beliau berkata, keseluruhan kontrak ditandatangani ialah bagi pembelian minima 30,000 ‘seat’ (kerusi tempat duduk) bernilai hampir RM100 juta.
“Melalui kontrak hari ini, penerbangan sulung AMAL bersama Andalusia bagi musim baru dijangka bermula 21 Julai 2024 (14 Muharram 1446H) sehingga Mei 2025.
“Syukur Alhamdulillah juga, bagi musim 1445H walaupun terdapat pelbagai cabaran dari luar dan dalam tetapi Andalusia tetap berjaya menerbangkan seramai 23,479 jemaah bersama penerbangan Malaysia Airlines,” katanya pada majlis MoU itu, di sini, hari ini.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Adakah Dr Zaleha Sedang Di Timpa Kifarah?
- Mesej Pengundi Melayu Kepada PAS Dalam PRK Kuala Kubu Baharu
- Apakah Ada Kuasa Ketiga Yang Menghalang Anwar Dari Memberikan Keadilan Kepada DS Najib?
PAS mungkin keluar PN untuk bersama PH.
Ida Riswana berkata, dedikasi kru AMAL tanpa lelah dan penuh kesabaran membantu serta menyantuni semua jemaah umrah antara faktor ramai jemaah umrah memilih melanggan pakej umrah dengan penerbangan AMAL.
“Apakah yang membuatkan hubungan ini berterusan? Kerjasama antara kami dan team AMAL sangat mudah dari awal perbincangan sehinggalah proses tempahan tiket sehinggalah jemaah pulang ke tanah air.
“Sepanjang tempoh sembilan tahun dan kemudiannya pada tahun 2017 Bersama AMAL, Andalusia telah mencapai hasrat menyantuni ratusan ribu tetamu Allah saban tahun dengan harga pakej umrah yang mampu milik namun tetap dapat mengekalkan perkhidmatan penerbangan bertaraf antarabangsa.
“Pada 19 hingga 30 April lalu, melalui penerbangan AMAL, satu dunia berasa insaf menyaksikan 30 jemaah umrah yang cacat penglihatan dari Persatuan Orang-Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia melakukan ibadah tawaf,” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Elak Isu 3R Antara Inti Pati MoU, Bersetujukah Perikatan Nasional?
- Mungkin C4 Mahu Latheefa Koya Di Lantik Semula Sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM
- Kenyataan Faizal Azumu Membuktikan PPBM Ketandusan Pemimpin
Mahathir meroyan, orang Melayu tidak mahu undi Parti Proksinya di KKB.
Justeru, katanya, adalah menjadi harapan dengan kerjasama antara AMAL by Malaysia Airlines dan Andalusia itu dapat menyedarkan masyarakat khususnya bakal jemaah umrah bahawa betapa pentingnya mencari syarikat pengendali umrah yang bersedia dari awal dengan tiket penerbangan dan hotel penginapan di Makkah dan Madinah.
“Dari sudut prinsip kami, kami tidak boleh untuk menjual apa-apa ‘barangan’ selagi barangan itu tiada. Oleh yang demikian Andalusia akan terus melebarkan pemasaran kami ke seluruh Malaysia bagi menyedarkan orang ramai bahawa adalah penting untuk berurusan dengan syarikat yang boleh menjamin bahawa semua pakej yang ditawarkan mempunyai ‘seat’ yang ‘confirmed’.
“Kami sesungguhnya percaya bahawa usahasama ini hanya akan berjaya dengan kerjasama semua pihak dan usaha yang bersungguh-sungguh.
“Niat kami hanyalah satu, iaitu untuk sedaya upaya mengekalkan harga pakej umrah serendah mungkin supaya boleh membuka peluang lebih ramai lagi umat Islam untuk berkunjung ke Baitullah,” katanya.
30,000 ‘seat’ tersedia untuk musim umrah 1446H – Andalusia
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- KP UMNO Berang Kerana Murid Duduk Atas Lantai Di Bilik Darjah
- Selepas Perlis Satu Lagi Negeri PAS Di Serbu SPRM
- Titah Agong dulu atau Agong baru bukan persoalan, tapi titah mesti diakur.
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :