Aeon catat PAT suku pertama RM57.5 juta

Aeon catat PAT suku pertama RM57.5 juta

Aeon catat PAT suku pertama RM57.5 juta
Aeon

Kuala Lumpur: Aeon Co (M) Bhd (Aeon) mencatatkan keuntungan selepas cukai (PAT) bagi suku pertama tahun kewangan 2024 (S1 TK2024), dengan pencapaian sebanyak RM57.5 juta.

Angka ini menunjukkan peningkatan 51 peratus berbanding RM38.2 juta yang dicatat pada suku sama tahun lalu.

Kedua dua segmen perniagaan runcit dan pengurusan hartanah juga merekodkan peningkatan dalam kutipan hasil pada suku pertama.



Aeon dalam kenyataan berkata, dalam segmen perniagaan runcit, Aeon berjaya mencatat hasil sebanyak RM980.5 juta, iaitu peningkatan sebanyak 4.2 perstus daripada hasil suku sama tahun sebelumnya sebanyak RM941.4 juta.

“Sumbangan besar pada peningkatan ini adalah daripada perbelanjaan pengguna sempena musim perayaan pada suku pertama terutamanya dalam kategori makanan dan pakaian,” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

PAS mungkin keluar PN untuk bersama PH.




Menurutnya, hasil khidmat pengurusan hartanah juga dilaporkan meningkat sebanyak 13 peratus dengan jumlah RM186.9 juta pada suku pertama tahun 2024 (S1 2024) berbanding RM165.4 juta pada suku sama tahun sebelumnya.

“Ini dipandu oleh kadar penyewaan dan pembaharuan sewa yang berkesan. Kadar penyewaan dilaporkan mencecah 93.6 peratus setakat Mac 2024, disokong oleh projek memperbaharui pusat beli-belah yang berjaya dan manaik taraf pasar raya,” katanya.

Aeon catat PAT suku pertama RM57.5 juta


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Jangan Jadikan UiTM Sebagai Modal Politik



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button