Anak-Anak Alif Satar Buat Kejutan Di Airport, Cetus Perhatian! [VIDEO] 

“Tak Sangka Diorang Tunggu Saya”

Anak-Anak Alif Satar Buat Kejutan Di Airport, Cetus Perhatian! [VIDEO] 

Anak-Anak Alif Satar Buat Kejutan Di Airport, Cetus Perhatian! [VIDEO] 

Nama Alif Satar tidak asing lagi dalam dunia seni tanah air. Alif merupakan seorang usahawan, pelakon, penyanyi, dan pengacara yang telah memenangi pelbagai award di Malaysia.

Anak sulung dari empat beradik itu, memulakan kerjayanya dalam bidang nyanyian apabila menyertai pertandingan realiti One in a Million kemudian meneruskan kerjayanya dalam bidang pengacaraan.



Alif Satar juga banyak membintangi drama dan filem tempatan yang membuatkan namanya lebih dikenali ramai. Artis versatil ini senang apabila dihampiri peminatnya kerana sikapnya yag sangat ramah serta tidak sombong.

“Mata Alif Sangat Tajam, Dari Jauh Dah Nampak Kesayangan Dia. Alhamdulillah”-Netizen

Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik Alif Satar yang meraih perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 343 ribu, tanda suka sebanyak 16 ribu dan sebanyak 51 komen.

Di dalam video berkenaan, memaparkan Alif Satar yang menerima kejutan daripada anak-anak serta isterinya yang menungggu kepulangannya di lapangan terbang.

“Selalu kalau balik rumah from airport, aku naik KLIA express, tapi kalini mama daddy nak ambil dari KLIA. rupanya ada kejutan. Sangat seronok bila ada mereka dalam pelukkan, rindu lain macam trip ni”-Kata Alif Satar



@itsalifsatar

selalu kalau balik rumah from airport, aku naik KLIA express.. tapi kalini mama daddy insisted to pick up from KLIA.. rupanya, ada surprise!😄😍 So happy to have them back in my arms🥹 rindu lain macam trip ni..

♬ original sound – alifsatar – alifsatar

Rata-rata netizen teruja melihat video berkenaan. Mereka juga mengatakan bahawa Alif Satar sememangnya seorang ketua keluarga yang penyayang. Tambah mereka lagi, mereka suka lihat hubungan Alif Satar yang erat bersama anak-anak dan keluarganya itu.



Anak-Anak Alif Satar Buat Kejutan Di Airport, Cetus Perhatian! [VIDEO]

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button