DAP bertambah kukuh dan kuat kerana Mahathir

 

Oleh Adam Malik

DAP bertambah kukuh dan kuat kerana Mahathr.



Mungkin ada yang soal, kenapa kata DAP kuat dan kukuh kerana Mahathir?

Mudah sahaja jawapan nya.

Ketika mahu menjatuhkan Parti milik bangsa Melayu UMNO.

Mahathir telah bersekongkol menggunakan Parti Bersatu bersama DAP untuk kerja khianat bangsa Melayu itu.



Akhirnya dengan segala tomahan 1mdb dan fitnah fitnah lain Parti milik orang Melayu tumbang dibawah pimpinan Datuk Seri Najib Razak.

Turut dilakukan dalam proses mahu menjatuhkan UMNO pembohongan juga dilakukan.

Antara bohong nya adalah negara telah dimufliskan oleh Najib Razak dan hutang negara sudah cecah Trilion RM.



Namun semua bohong itu terjawab kemudian nya.

Muhyiddin Yassin yang menjadi Perdana Menteri untuk selamatkan Mahathir dari Anwar Ibrahim, telah membuktikan negara tidak muflis dengan mudah berbelanja RM600 bilion dalam masa 17 bulan.

RM310 juta untuk bajet dan selebih nya perbelanjaan darurat PKP yang sengaja dipanjangkan.

Akhirnya terdedah banyak yang diseleweng,dan jika tidak diseleweng disalur dengan pelbagai muslihat seperti “mark up” harga dan nilai projek.



Hatta banyak lah kes mudah dijumpai oleh kerajaan Madani yang kerajaan Ismail Sabri tidak nampak.

Muhyiddin, Wan Saiful , Bendahari Bersatu, menantu Muhyiddin, Ketua Bahagian Bersatu dan ramai lagi dikutip untuk didakwa.

Berbalik kepada kisah Mahathir kukuhkan dan kuatkan kewangan DAP, ada lah dengan melantik Lim Guan Eng menjadi Menteri Kewangan.

Setelah jawatan itu kali terakhir dipegang oleh bukan Melayu mendiang Tun Tan Siew Seng ketika negara tiada wang.



Tetapi Mahathir pula yang konon juang melayu dan budak budak hingusan nya bawa naratif melayu terancam yang serah wang triliion ringgit hasil carian Najib Razak kepada jagaan LGE.

Akibatnya berbilion ringgit telah beralih kepada ekonomi DAP.

Secara tidak lansung kuasa meluluskan 101 projek Direct Nego telah dilakukan oleh LGE yang bernilai RM6 bilion + telah ditaburkan kepada ekonomi kalangan mereka.
Begitu lah cara langsung atau tidak langsung Mahathir perkukuhkan DAP.

Direct nego tidak salah jika PH 1.0 ketika itu tidak gatal mulut untuk buat janji tidak akan amal Direct Nego.



Maka hari ini juak juak Mahathir ada pula sanggup ke balai Pol8s untuk bermain naratif 3R dengan mengapi apikan sentimen kaum yang melayu tergugat.

Sedangkan semua kerja mendajal bangsa Melayu datang dari Tuan mereka sendiri.

Semoga rakyat tidak terpedaya lagi dengan cara ini.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button