Dua pengarah direman buat tuntutan palsu

Oleh – Syeikh Baran


Dua pengarah direman buat tuntutan palsu
Dua suspek ketika dibawa untuk proses reman di Mahkamah Majistret Shah Alam.

Dua pengarah syarikat direman lima hari bagi membantu siasatan kes berhubung tuntutan palsu sehingga lebih RM40,000 kepada sebuah institut kemahiran pada tahun lalu.

Perintah reman bermula hari ini terhadap kedua-dua suspek lelaki dan wanita berusia 52 dan 59 tahun itu dikeluarkan Majistret Farah Rosnan.



Sumber berkata, mereka terdahulu ditahan kira-kira pukul 5.45 petang semalam selepas hadir memberikan keterangan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor.

Katanya, siasatan awal mendapati suspek wanita tersebut telah mengemukakan tuntutan bayaran sebanyak RM36,000 bagi menyediakan makanan dan minuman termasuk dobi.

“Manakala suspek lelaki membuat tuntutan bayaran sebanyak RM40,980 bagi kerja-kerja perkhidmatan membekal bahan latihan berserta bahan promosi.

“Kedua-dua suspek tersebut membuat tuntutan palsu tersebut kepada sebuah institut kemahiran di negeri ini, pada tahun lalu ,” katanya.



Sementara tu, Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim mengesahkan tangkapan dan kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button