Jangan Jadikan UiTM Sebagai Modal Politik
Jangan Jadikan UiTM Sebagai Modal Politik
Minggu lepas kita dikejutkan dengan saranan yang dibuat oleh Presiden MMA, Dr Azizan Abdul Aziz, supaya UiTM membuka pintu kepada pelajar bukan Bumiputera.
Beliau memberikan alasan negara kini sedang menghadapi masalah kekurangan pakar pembedahan kardiotoraks.
Dr Azizan juga berkata, UiTM perlu meletakkan kepentingan awam sebagai keutamaan.
Saranan yang dibuat oleh Dr Azizan disokong oleh mantan Menteri Undang Undang di era Dr Mahathir, Zaid Ibrahim.
Zaid mendakwa ketakutan untuk membuka UiTM kepada bukan bumiputera adalah kerana UMNO.
“Institusi pendidikan kita perlu terbuka dan mengambil semua rakyat Malaysia yang berkelayakan.”
“UiTM dimulakan untuk membantu bumiputera dan harus terus berbuat demikian.”
“Tetapi hari ini, kita harus sedar bahawa membantu bukan Melayu masuk ke UiTM juga akan membantu bumiputera dengan menyelesaikan masalah negara,” kata Zaid.
Saranan untuk membuka pintu UiTM kepada pelajar bukan Bumiputera tidak hanya berlaku di luar sahaja.
Ianya juga telah mendapat perhatian dari ahli Dewan Negara.
Ahli Dewan Negara Dr RA Lingeshwaran membantah idea itu.
Beliau menegaskan bahawa universiti khusus bumiputera itu harus terus berkhidmat kepada pelajar bumiputera secara eksklusif.
Manakala pelajar bukan bumiputera atau bukan Melayu boleh mengikuti laluan paralleh pathway untuk latihan kepakaran perubatan.
Kenyataan Dr Lingeshwaran dibantah oleh Pengerusi Urimai, P Ramasamy.
“Walaupun belum ada perbincangan, jika UiTM sudah bersedia, apa salahnya memandangkan kekurangan pakar kardiotoraks di negara ini?”
“Kenapa dia cuba mengekalkan hegemoni etnik di universiti awam?”
“Malah, universiti lain juga harus terbuka,” kata P Ramasamy.
Jangan Jadikan UiTM Sebagai Polemik Politik
Perbahasan terbuka itu segera mendapat respon dari Menteri Pengajian Tinggi, Dr Zambry Abd Kadir.
Menurut Dr Zambry, tidak ada perbincangan dilakukan di peringkat kabinet mengenai isu tersebut.
Sejajar dengan kenyataan Dr Zambry, Naib Canselor UiTM, Dr. Shahrin Sahib, berkata dasar pengambilan UiTM akan dikekalkan.
Beliau menambah, UiTM akan terus berpegang teguh kepada Fasal 1A Akta 173 yang menyatakan universiti itu ditubuhkan menurut dan mengikut peruntukan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.
Sebagaimana yang dikatakan oleh Dr Zambry, tidak ada perbincangan di peringkat kabinet mengenai cadangan tersebut.
Persoalan yang utama sekarang, apakah motif utama pihak yang mahu membuka pintu kepada pelajar bukan Bumiputera.
Benarkah ianya bersifat sementara untuk menampung kekurangan pakar pembedahan kardiotoraks?
Atau ianya sebagai batu loncatan agar UiTM membuka pintu sepenuhnya kepada pelajar bukan Bumiputera?
Dan apabila ada pihak yang tampil mempertahankan Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan UiTM, mereka akan dituduh rasis.
Apakah jumlah IPTA dan IPTS serta pelajar yang dihantar ke luar negara masih tidak dapat menampung keperluan negara?
Mengapakah isu kekurangan pakar perubatan tidak berlaku di era Barisan Nasional yang diterajui oleh DS Najib?
Persoalan yang paling besar adalah mengapa sejak dahulu hingga sekarang, UiTM sahaja yang menjadi sasaran?
Siapa yang rasis sebenarnya?
Jangan Jadikan UiTM Sebagai Modal Politik
Di Syorkan Untuk Anda:
- Apakah Ada Kuasa Ketiga Yang Menghalang Anwar Dari Memberikan Keadilan Kepada DS Najib?
- Adakah Dr Zaleha Sedang Di Timpa Kifarah?
- Mesej Pengundi Melayu Kepada PAS Dalam PRK Kuala Kubu Baharu