Mampu teruskan kesinambungan industri O&G

Mampu teruskan kesinambungan industri O&G

Mampu teruskan kesinambungan industri O&G
Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli

Kuala Lumpur: Malaysia memerlukan kelulusan Rang Undang-Undang Pemerangkapan, Penggunaan dan Penyimpanan Karbon (CCUS) bagi membolehkan negara bersaing merebut tender berkaitan di peringkat antarabangsa.

Menteri Ekonomi Rafizi Ramli berkata, kelulusan pantas penting kerana tanpa undang-undang CCUS, Malaysia tidak dapat menyertai tender antarabangsa bernilai ratusan bilion ringgit, selain tidak dapat mengguna pakai telaga minyak yang sudah tiada sumber untuk tujuan industri berkenaan.

“Seperti yang kita tahu, Malaysia memiliki kepakaran dan kemudahan dalam CCUS, tetapi kita tiada undang-undang khusus untuk menawarkan perkhidmatan kepada industri minyak dan gas (O&G).



“Justeru, Kementerian Ekonomi mahu mempercepatkan kelulusan undang-undang CCUS dengan membawa ke Kabinet minggu depan dan dibentangkan di Parlimen pada November ini.

“Kita perlu cepat kerana tender CCUS bukan kerap dikeluarkan. Yang terdekat adalah tahun 2025 dan 2026, di mana kontraknya membabitkan tempoh selama berpuluh tahun. Jika tidak Kita terpaksa menunggu lebih lama,” katanya kepada media selepas menyampaikan ucapan dan menjadi panelis pada OGSE100 CEOs Forum di sini, semalam.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

PAS mungkin keluar PN untuk bersama PH.




Mengulas lanjut, Rafizi berkata, industri CCUS membolehkan Malaysia mengimbangi sumber O&G yang semakin berkurang, di mana banyak telaga minyak sudah tidak memiliki sumber.

Beliau berkata, undang-undang CCUS yang dimiliki kelak juga membolehkan pelabur memasuki Malaysia kerana peraturan berkenaan adalah keperluan antarabangsa.

Katanya, sekiranya diluluskan, Malaysia akan menjadi antara negara paling terkehadapan untuk memiliki undang-undang terbabit.

“CCUS akan meneruskan kesinambungan industri O&G untuk tempoh beberapa tahun akan datang. Kita boleh tawarkan perkhidmatan CCUS kepada dunia,” katanya.



Mampu teruskan kesinambungan industri O&G

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Jangan Jadikan UiTM Sebagai Modal Politik




Related Articles

Leave a Reply

Back to top button