Sanusi gagal batal dua pertuduhan

Oleh – Syeikh Baran


Sanusi gagal batal dua pertuduhan
Muhammad Sanusi ketika hadir di Mahkamah Tinggi hari ini. Foto oleh AFIQ RAZALI/ KOSMO!

Jabatan Peguam Negara (AGC) menolak representasi yang dikemukakan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, bagi membatalkan dua tuduhan menghasut dihadapinya di Mahkamah Tinggi di sini.

Perkara itu dimaklumkan Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Masri Mohd.Daud pada sebutan kes di hadapan Hakim Datuk Aslam Zainuddin.



“Pihak pendakwaan telah memaklumkan perkara itu (keputusan representasi) kepada pihak pembelaan melalui satu surat pada 3 Mei lalu,” kata Mohd. Daud.

Peguam Awang Armadajaya Awang yang mewakili Muhammad Sanusi kemudian mengesahkan perkara itu.

Dengan keputusan representasi kes akan diteruskan dengan perbicaraan. Sebelum ini mahkamah telah menetapkan menetapkan tarikh-tarikh perbicaraan ialah pada 22, 23, 29 dan 30 Julai serta 5, 6, 9, 12, 13 dan 23 Ogos.

Mengikut kedua-dua pertuduhan itu Muhammad Sanusi, 50, didakwa telah menyebut perkataan menghasut di Simpang 4, Taman Selayang Mutiara-Kampung Bendahara, Gombak dekat sini pukul 11 malam pada 11 Julai 2023.



Justeru kedua-dua pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 4(1) akta sama yang membawa hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Pada 1 Februari lalu, Muhammad Sanusi berjaya dalam permohonannya untuk memindahkan dua pertuduhan yang didakwa ke atasnya untuk dibicarakan dari Mahkamah Sesyen Selayang ke Mahkamah Tinggi di sini.

Mahkamah Tinggi di sini memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan Muhammad Sanusi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeneri selaku pemohon untuk memindahkan kes itu.

Sebelum itu, pada Januari lalu, Muhammad Sanusi mengemukakan permohonan untuk memindahkan kes dan menggantung perbicaraan di Mahkamah Sesyen Selayang ke Mahkamah Tinggi di sini.



Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button