Suara Tegas Shaheizy Sam Buatkan Ramai Terkejut! [VIDEO]
“Denda Anak Baca Surah Al-Baqarah”
Suara Tegas Shaheizy Sam Buatkan Ramai Terkejut! [VIDEO]
Pasangan selebriti Syatilla Melvin dan Shaheizy Sam, mendirikan rumah tangga pada 8 Februari 2016 dan mereka dikurniakan 3 orang cahaya mata, iaitu Syeriv Samheizy, Sarima Samheizy dan Salama Samheizy.
Syatilla Melvin merupakan seorang pelakon dan pengacara wanita di Malaysia. Memulakan kerjayanya sebagai seorang pelakon pada tahun 2012, bakat lakonan serta wajahnya yang jelita membuatkannya dengan cepat dikenali ramai.
Seperti yang kita ketahui, Syatilla sering memuat naik video dia bersama keluarganya di media sosial, terutamanya di laman instagram dan tiktok. Dia juga dikenali dengan perangai yang suka melawak dengan keluarganya dan itu membuatkan ramai peminat terhibur dengan telatahnya itu.
“U Buat Adik Apa?, U Baca Surah Al-Baqarah Sekarang!”-Shaheizy Sam
Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @wanitamatahari yang meraih perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 761 ribu, tanda suka sebanyak 36 ribu dan sebanyak 35 komen.
Di dalam video berkenaan, memaoarkan Suara Shaheizy Sam yang tegas menegur anak-anaknya dalam pertelingkahan dan menyuruh mereka membaca Surah Al-Baqarah sebagai denda.
@wanitamatahari
HAHAHAHA ! Lawaklah Sam ni 🤣 tapi baguslah kan camtuh 🍃💐 #foryoupage #fypシ゚viral #foryou #fyp #syatillamelvin #shaheizysam
Rata-rata netizen teruja melihat video tersebut. Mereka mengatakan bahawa itu adalah pertama kali mendengar suara Shaheizy Sam yang tegas. Tambah mereka lagi, mendenda anak-anak dengan membaca surah Al-Quran adalah tindakan yang bernas dan patut dicontohi oleh kesemua ibu bapa.
Suara Tegas Shaheizy Sam Buatkan Ramai Terkejut! [VIDEO]
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- KP UMNO Berang Kerana Murid Duduk Atas Lantai Di Bilik Darjah
- Selepas Perlis Satu Lagi Negeri PAS Di Serbu SPRM
- Titah Agong dulu atau Agong baru bukan persoalan, tapi titah mesti diakur.