Video Lama Noorkhiriah Mahu Bersara Kembali Tular

Tampil Titip Pesanan Kepada Penyamar!-“Tolong Delete Akaun..”

Video Lama Noorkhiriah Mahu Bersara Kembali Tular

Video Lama Noorkhiriah Mahu Bersara Kembali Tular

Pelakon, Noorkhiriah tampil menitipkan pesanan kepada pihak terlibat yang menyamar menjadinya di media sosial serta memuatnaik video lamanya di media sosial.

“Kalau boleh saya tidak mahu panjangkan lagi hal ini. Saya enggan melihatnya menjadi kecoh seperti dulu, sehingga ada yang anggap saya bersikap acuh tak acuh. Kononnya sekejap saya ingin berhenti berlakon, sekejap lagi tak jadi.



Apa yang pasti, saya gembira dengan keputusan ini. Saya rasa tenang dan bermohon supaya Allah kuatkan hati saya dan istiqamah selalu. Saya tahu keputusan ini bukan mudah. Tambahan pula, lakonan sudah menjadi darah daging sendiri.”-Ungkap Noorkhiriah dalam video lama tersebut

Video Lama Kembali Tular

Noorkhiriah menerusi hantarannya di Instagram, menyatakan bahawa video lamanya yang mengumumkan mahu bersara dari industri seni itu kembali dimuatnaik oleh pihak yang tidak bertanggungjawab yang turut menyamar menjadi pelakon drama Nur ini.

Jelasnya, dia baru sahaja selesai menjalani penggambaran sebuah projek pada pagi tadi.

“Viral balik video ni kat TikTok. Ini video lama dah 7 tahun. Akak elok je shooting, baru je wrap pukul 7 pagi tadi.-“kongsi Noorkhiriah



“Tolong Delete Akaun Yang Menyamar Menjadi Akak…”

Dalam pada itu, pelakon berusia 45 tahun ini turut menitipkan pesanan agar memadam akaun TikTok tersebut sebelum sebarang tindakan akan diambil.

“Dan mohon kepada pemilik akaun TikTok ni tolong delete akaun yang menyamar jadi akak. Sebelum tindakan diambil.”-tambah Noorkhiriah

Sekadar info, sekitar tahun 2016, pelakon hebat ini pernah mengumumkan mahu bersara dari industri seni.



Video Lama Noorkhiriah Mahu Bersara Kembali Tular

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Jangan Jadikan UiTM Sebagai Modal Politik



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button