Lapan individu diambil keterangan kes kertas resit hina Islam

Oleh – Syeikh Baran


Lapan individu diambil keterangan kes kertas resit hina Islam
Resit yang ditularkan adalah resit tempahan secara dalam talian dan ada ruangan ‘remark’ yang disalah guna oleh individu itu yang cuba lakukan provokasi dalam isu 3R. – Foto tular

Lapan individu sudah dirakam keterangan bagi membantu siasatan seorang pelanggan restoran makanan segera di Kenari Avenue, di sini yang didakwa menghina Islam menerusi ayat yang ditulis pada pesanan dalam talian.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Kamarul Rizal Jenal, berkata dua daripada lapan individu itu adalah pekerja rangkaian piza berkenaan.



“Kita juga jalankan siasatan secara menyeluruh berkaitan laporan polis yang dibuat berhubung kes ini.

“Setakat ini, tiada tangkapan dibuat,” katanya di sini, hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.

Semalam, media melaporkan mengenai gambar resit yang tular di media sosial selepas dimuat naik di aplikasi X sejak kelmarin yang menimbulkan salah faham apabila ia didakwa ditulis pekerja restoran berkenaan.



Resit yang ditularkan itu adalah resit tempahan secara dalam talian dan ada ruangan ‘remark’ yang disalah guna oleh individu itu yang cuba lakukan provokasi dalam isu 3R (agama, Raja dan kaum).

Sumber – BERITA HARIAN

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button