Pelajar bunuh ustazah akibat dendam pernah dihukum

Oleh – Syeikh Baran


Pelajar bunuh ustazah akibat dendam pernah dihukum
Gambar Hiasan

Seorang ustazah berusia 35 tahun di sebuah sekolah asrama meninggal dunia akibat dibunuh oleh pelajarnya sendiri, lapor akhbar Tribunnews semalam. 

Suspek merupakan seorang pelajar berumur  13 tahun. Dia disyaki menikam guru berkenaan  di rumah mangsa di kawasan sekolah asrama. 



Kejadian berlaku di Desa Bukit Tunggal, Palangkaraya di Kalimantan Tengah sekitar pukul 11 malam (waktu tempatan) pada Selasa lepas.

Ketua polis tempatan, Budi Santosa berkata, motif suspek adalah membalas dendam kerana pernah dihukum beberapa kali oleh mangsa. 

Menurutnya, suspek didakwa melakukan beberapa kesalahan sehingga dikenakan hukuman berjemur di tengah panas. 

“Sehari sebelum kejadian, suspek melakukan satu lagi kesalahan dan dihukum menyalin dua juzuk kitab suci al-Quran,” kata Budi. 



Pihak polis sedang menjalankan siasatan untuk mengenal pasti sama ada suspek mengalami sakit mental. –  AGENSI

Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button