Remaja lelaki lemas di Sungai Besut

Oleh – Syeikh Baran


Remaja lelaki lemas di Sungai Besut
Anggota pasukan SAR mengangkat mayat Wan Muhamad Irfan yang mati lemas di Sungai Besut berhampiran Kampung Tanjung Lali, Kampung Raja, Besut hari ini.

Seorang remaja lelaki yang balik ke kampung datuknya maut akibat lemas di Sungai Besut berhampiran Kampung Tanjung Lali, Kampung Raja di sini hari ini.

Mangsa, Wan Muhamad Irfan Mohd. Badrin, 18, lemas sewaktu mandi di sungai tersebut pada pukul 9 pagi.



Timbalan Ketua Polis Daerah Besut, Deputi Superintenden Azrol Anuar Nor berkata, sebelum kejadian, remaja lelaki itu bersama keluarganya yang berasal dari Kota Bahru, Kelantan pulang rumah datuknya di daerah ini untuk menghadiri kenduri.

“Mereka tiba di kampung pada petang semalam. Pagi tadi, mangsa (Wan Muhamad Irfan) bersama ahli keluarga menaiki bot untuk bersiar-siar di Sungai Besut sebelum mandi di lokasi kejadian.

“Dia kemudiannya tiba-tiba lemas selepas dikatakan dihanyutkan arus deras sungai sebelum tenggelam,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Azrol Anuar berkata, pasukan mencari dan menyelamat berjaya menemui mayat Wan Muhamad Irfan kira-kira 500 meter dari lokasi dia lemas.



Beliau berkata, mayat remaja lelaki itu telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Besut di sini untuk tindakan lanjut.

Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button