Rider, buruh binaan bawa parang ceroboh Istana Negara

Oleh – Syeikh Baran


Rider, buruh binaan bawa parang ceroboh Istana Negara
Kenderaan yang digunakan dua individu berkenaan ketika mahu memasuki Istana Negara semalam. -Foto PDRM

Penghantar makanan dan buruh binaan ditahan bersama sebilah parang ketika cubaan menceroboh masuk Istana Negara, Jalan Sultan Abdul Halim, di sini, semalam.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, anggota polis melihat kereta Perodua Kembara dinaiki dua warga tempatan cuba memasuki istana melalui Pintu 3 kira-kira pukul 4.40 petang.



“Mereka mendakwa ingin berjumpa Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.

“Kita menjumpai sebilah parang dalam kereta yang dinaiki suspek sebelum bertindak menahan dua lelaki terbabit,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, suspek berusia 29 dan 37 tahun itu bekerja sebagai penghantar makanan dan buruh binaan secara persendirian.

“Suspek negatif dadah dan tiada sebarang rekod jenayah. Kes disiasat di bawah Seksyen 447/511 Kanun Keseksaan Seksyen 6 (1) Akta Bahan Kakisan Letupan dan Senjata Bahaya 1958.



“Kesemua suspek ditahan reman selama empat hari mulai hari ini sehingga Selasa bagi tujuan siasatan lanjut,” ujarnya.

Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button