Selesema burung ditemui di barat China ketika AS memerangi wabak lembu

Oleh – Syeikh Baran


Selesema burung ditemui di barat China ketika AS memerangi wabak lembu
Gambar fail pegawai kesihatan dalam pakaian pelindung mengangkut karung ayam sebagai sebahagian daripada langkah pencegahan terhadap selesema burung H7N9 di pasar ayam di Zhuji, wilayah Zhejiang 6 Januari 2014. – Foto REUTERS

Kementerian Pertanian dan Hal Ehwal Luar Bandar China mengesahkan terdapat kes selesema burung dalam kalangan unggas liar di barat China, ketika kebimbangan semakin meningkat mengenai wabak yang menjangkiti kumpulan lembu di Amerika Syarikat (AS).

Kementerian itu dalam satu notis di laman webnya mengesahkan dua daerah di wilayah Qinghai terdapat 275 kes influenza H5 di kalangan burung camar Pallas yang mati dan burung liar lain.



Kementerian turut menerima laporan mengenai kes itu daripada Pusat Kawalan Penyakit Haiwan China dan Makmal Rujukan Selesema Burung kebangsaan mengesahkan penemuan itu, menurut notis itu.

Wabak H5N1 dalam kalangan lembu tenusu di sekurang-kurangnya sembilan negeri AS sejak akhir Mac menimbulkan persoalan sama ada ia boleh merebak kepada manusia, namun tiada laporan mengenainya.

Susulan itu, AS mengumumkan pada 11 Mei lalu bahawa ia akan membelanjakan hampir AS$200 juta (RM937 juta) untuk memerangi wabak itu.

Berita mengenai wabak itu di China datang ketika badan pemerhati anti rasuah negara itu mengumumkan siasatan rasuah terhadap menteri pertanian. – REUTERS



Sumber – BERITA HARIAN

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button