4 lelaki termasuk penjawat awam dicekup menyamar polis
Oleh – Syeikh Baran
Empat lelaki termasuk seorang penjawat awam dicekup selepas dipercayai menyamar sebagai anggota polis dan menyamun lapan lelaki warga Myanmar di Kampung Kubang Tin, Melor, di sini semalam.
Keempat-empat lelaki berusia dalam lingkungan 29 tahun hingga 43 tahun itu ditahan, hari ini semasa mereka berada di tepi jalan di kampung tersebut.
Timbalan Ketua Polis Kota Bharu, Superintendan Wan Ruzailan Mat Rusoff berkata, siasatan mendapati, kejadian berlaku kira-kira pukul 10.30 malam semalam semasa semua mangsa yang bekerja sebagai buruh kasar sedang berjalan kaki pulang ke rumah.
“Keempat-empat suspek terus merampas beg duit, telefon bimbit dan kad Suruhanjaya Pelarian Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNHCR) milik semua mangsa sebelum melarikan diri,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.
Wan Ruzailan memberitahu, siasatan mendapati tiga lagi suspek lelaki bekerja di kedai mencuci kereta di sekitar daerah ini.
Menurutnya, tiga buah motosikal, topi keledar dan sejumlah wang tunai turut dirampas semasa tangkapan dijalankan, manakala semua suspek kini ditahan reman tujuh hari bermula hari ini hingga Sabtu depan,” ujarnya.
Sumber – KOSMO! ONLINE