Menteri Luar ucap takziah kepada Republik Islam Iran.

Berikut kami lampir petikan dari laman FB Menteri Luar Datu Seri Utama Mohamad Hassan berkaitan insiden yang melanda Presiden Republik Islam Iran

Innalillahiwainnalihirojiuun

Berdukacita mendapat khabar pemergian TYT Seyyed Ebrahim Raisi, Presiden Republik Islam Iran dan TYT Dr. Hossein Amirabdollahian, Menteri Luar Negeri Republik Islam Iran bersama penumpang lain dalam nahas helikopter yang terhempas di kawasan pergunungan di barat laut Iran.



Kali terakhir bertemu rakan sejawat TYT Dr. Hossein Amirabdollahian, Menteri Luar Negeri Republik Islam Iran semasa United Nations Security Council (UNSC) Ministerial-Level Open Debate di Amerika Syarikat Januari lalu dan perbualan telefon bersama beliau pada hujung bulan April yang lalu.

Allahyarham begitu bervisi dalam usaha pengukuhan hubungan dua hala Malaysia-Iran di dalam pelbagai bidang berkepentingan bersama.

Sesungguhnya ini merupakan satu kehilangan besar dalam dunia kepimpinan Islam dan rakyat Republik Islam Iran.



Doa saya agar roh mereka yang terkorban dicucuri rahmatNya dan ditempatkan bersama orang-orang beriman serta beramal soleh.

Al-Fatihah.

Layar di sini

https://www.facebook.com/share/p/KieSsW8P8m2FwVWQ/?mibextid=oFDknk



 

 

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button