Polis buru lelaki tayang kemaluan

Oleh – Syeikh Baran


Polis buru lelaki tayang kemaluan
Suspek yang melakukan tindakan tidak senonoh Jumaat lalu.

Polis bandar raya ini sedang mengesan seorang lelaki berkelakuan tidak senonoh ke atas pekerja wanita kedai aksesori telefon di Manggatal pada Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisoner Kasim Muda berkata, kejadian dilaporkan berlaku pada Jumaat kira-kira pukul 8.30 malam.



“Menurut laporan mangsa, suspek dikatakan bukan pelanggan biasa di kedai terbabit selain tidak pernah dilihat datang ke kedai berkenaan.

“Suspek lelaki berkenaan dikatakan berkelakuan tidak senonoh dengan mengeluarkan kemaluannya sambil bertelefon.

“Suspek dilihat memakai baju berwarna putih dengan zip seluarnya terbuka,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Mengulas lanjut, Kasim memaklumkan hasil semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di dalam premis turut memperlihatkan suspek dilihat berlegar-legar di kawasan belakang kedai sama.



Beliau berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Sehubungan itu, Kasim berkata, pihaknya masih menjejaki suspek dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat atau mengenali suspek dikehendaki supaya tampil membantu siasatan.

Sumber – KOSMO! ONLINE.



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button