Teresa Kok terima surat ancaman, peluru

Oleh – Syeikh Baran


Teresa Kok terima surat ancaman, peluru
Teresa Kok menunjukkan surat ancaman serta dua butir peluru yang ditemui dalam peti surat kediamannya, semalam.

Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok Suh Sim meluahkan kebimbangan apabila menerima surat ancaman dan disertakan dua butir peluru, semalam.

Teresa menerusi hantaran di Facebook memaklumkan, ancaman berbentuk surat tersebut diperoleh dari dalam peti surat kediamannya.



Menurutnya, ia ditulis di atas sehelai kertas putih bersaiz A4.

“Tertera tulisan ‘Lu Akan Mati !!! TUNGGU!!!’. Saya kemudian membuat laporan polis dan serahkan surat dan peluru kepada polis di Balai Petaling,” katanya dalam hantaran itu.

Jelas beliau, pihak polis telah melakukan pemeriksaan di bahagian peti surat kediamannya untuk menjalankan siasatan.

“Saya memang hairan dan tidak mengerti kenapa saya terima peluru dan surat yang penuh ugutan seperti ini.



“Saya berterima kasih kepada pihak polis atas tindakan pantas selepas saya buat laporan. Saya yakin pihak polis dapat membantu dalam kes ini,” ujarnya.

Sumber – KOSMO! ONLINE.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button