Bekas pengurus tidak lapor rasuah didenda RM27,500

Oleh – Syeikh Baran


Bekas pengurus tidak lapor rasuah didenda RM27,500
Gambar Hiasan

Bekas pengurus Ladang Tabung Tentera Terengganu didenda RM27,500 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana tidak melaporkan pemberian rasuah  RM17,600 kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Hakim Mohd. Azhar Othman menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh, Sauddin Che Lamin, 60, membuat pengakuan bersalah atas tiga pertuduhan pilihan yang dihadapinya.



Mahkamah turut memerintahkan tertuduh dikenakan hukuman penjara tujuh bulan sekiranya gagal membayar denda.

Berdasarkan kesemua pertuduhan itu, Sauddin didakwa tidak melaporkan pemberian wang RM17,600 yang diberikan pengadu pada Julai, Ogos dan Oktober 2015 kepada SPRM.

Kosmo! 29 November 2021 melaporkan Sauddin didakwa atas enam pertuduhan menerima wang suapan berjumlah RM27,500 daripada pengadu.

Tertuduh didakwa menerima suapan itu sebagai dorongan memilih syarikat TP Parts & Machinery dan Syarikat SS Terus Jaya Enterprise bagi membekalkan barangan kepada Ladang Tabung Tentera Terengganu.



Perbuatan itu dilakukan sejak Julai sehingga Disember 2015.

Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button