Pegawai imigresen didakwa makan suap RM7,600

Oleh – Syeikh Baran


Pegawai imigresen didakwa makan suap RM7,600
RAZALI Ahmad didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 10 pertuduhan menerima rasuah keseluruhan berjumlah RM7,600 pada 2018 hingga 2022. FOTO MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN/ KOSMO!

Seorang pegawai Imigresen didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 10 pertuduhan menerima rasuah keseluruhan berjumlah RM7,600 pada 2018 hingga 2022.

Tertuduh, Razali Ahmad, 41, yang kini bertugas sebagai Penolong Penguasa Imigresen KP 32 bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi.



Mengikut kesemua pertuduhan, tertuduh sebagai penjawat awam iaitu Penolong Penguasa Imigresen KP 29 dan 32 di Bahagian Operasi, Siasatan dan Pendakwaan Ibu Pejabat Jabatan Imigresen Putrajaya telah menerima suatu benda iaitu wang berjumlah antara RM500 hingga RM1,000 tanpa balasan daripada seorang individu.

Wang itu diterima melalui pindahan wang dalam talian ke akaun bank milik tertuduh yang mana tertuduh mengetahui individu itu mempunyai hubungan dengan tugas rasminya ketika itu

Kesalahan itu dilakukan di sebuah bank di Taman Semarak, Nilai di sini antara 25 Disember 2018 hingga 7 Jun 2022.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan.



Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button