Warga China ditahan seludup rokok, minuman keras RM532,649

Oleh – Syeikh Baran


Warga China ditahan seludup rokok, minuman keras RM532,649
MOHD. ASRI (tengah) menunjukkan antara minuman keras dan rokok yang dirampas dalam serbuan di Johor pada sidang akhbar di Bentong hari ini.

Taktik seorang lelaki warganegara China yang dipercayai mengambil kesempatan bekerja di sektor perkapalan di negara ini dengan melakukan penyeludupan minuman keras dan rokok daripada negara China berjaya dihidu pihak berkuasa.

Dalam serbuan yang dilakukan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Bentong di dua buah premis di Johor itu berjaya merampas minuman keras dan rokok yang diseludup dengan nilai keseluruhan berjumlah RM532,649.25.



Pengarah JKDM Pahang, Mohd Asri Seman berkata, dalam serbuan itu pihak kastam berjaya merampas 2,413,40 liter minuman keras dan 585,580 batang rokok pelbagai jenis dan jenama bernilai RM80,371 dengan nilai cukai dianggarkan sebanyak RM452,278.25.

“Dalam serbuan pertama pada pukul 3 pagi di sebuah premis kediaman di Johor Bahru berjaya menemukan minuman keras dan rokok pelbagai jenama dengan anggaran nilai cukai berjumlah RM177,743 dan pasukan menahan seorang lelaki warganegara China berusia 44 tahun untuk siasatan lanjut.

“Serbuan kedua pada pukul 5 pagi di sebuah premis kedai di Masai, Johor berjaya menemukan minuman keras dan rokok pelbagai jenama dengan anggaran nilai cukai sebanyak RM354,906,”katanya dalam sidang akhbar di JKDM Bentong di sini hari ini.

Tambahnya lelaki warganegara China yang mula bekerja di negara ini pada 2021 itu dibebaskan dengan jaminan RM20,000 oleh dua penjamin warganegara tempatan.



Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button