Kepala paip keluar suara puntianak mengilai

Oleh – Syeikh Baran


Kepala paip keluar suara puntianak mengilai
TANGKAP layar kepada paip yang mengeluarkan suara mirip puntianak di Semarang. – Foto TikTok

Kepala paip pada dinding bilik mandi di sebuah rumah di Semarang, wilayah Jawa Tengah mengeluarkan bunyi mirip puntianak mengilai, lapor portal berita Banjarmasin Post semalam.

Bunyi  menakutkan itu membuatkan pemilik rumah terkejut dan panik.



Klip  video tentang kepala paip mengeluarkan bunyi seram itu boleh ditonton di platform TikTok menggunakan akaun @alynn20. Rakaman itu menjadi tular pada Sabtu lalu.

Pada permulaan rakaman, tidak ada yang aneh ketika kepala paip itu dibuka.

Namun, ketika hendak ditutup, ia mengeluarkan bunyi seperti puntianak sedang ketawa.

Pelbagai cara dilakukan pemilik rumah seperti memukul dan menekan kepala paip supaya suara unik tersebut hilang.

Walaupun pelbagai cara sudah dilakukan, suara mirip ketawa puntianak itu kembali bergema sehingga netizen menyarankan supaya kepala paip itu diganti dengan segera. – AGENSI



Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button